Powered By Blogger

Sunday, 30 October 2011

The Greatest Person In My Life ( SID VICIOUS dan KISAH CINTANYA )

SID VICIOUS atau nama sebenarnya John Simon Ritchie merupakan seorang pemain gitar bass kumpulan muzik SEX PISTOLS yang dilahirkan pada 10 May 1957 di kota London. Kacak sungguh! Tapi sayangnya, SID VICIOUS mati ketika berusia 21 TAHUN atas pengaruh dadah dan heroin yang tegar selepas KECEWA DENGAN KEMATIAN TEMAN WANITA yang amat disayanginya iaitu NANCY SPUNGEN. SID VICIOUS mula menyertai kumpulan muzik punk SEX PISTOLS pada 3 April 1977 ketika usia SID VICIOUS 20 tahun selepas pengunduran diri oleh pemain gitar bass asal kumpulan itu, Glenn Matlock. SID VICIOUS bukanlah seorang yang pandai bermain bass namun oleh kerana perangai PUNK sejatinya yang keterlaluan taksub dengan semangat anarki, Malcolm McLaren selaku pengurus kumpulan SEX PISTOLS telah mengambil SID VICIOUS menjadi ahli kumpulan muzik itu. Malcolm McLaren pernah berkata :-
"If Jonny Rotten is the voice of PUNK, then SID VICIOUS is the attitude."
Kehadiran SID VICIOUS dalam kumpulan SEX PISTOLS itu telah melonjakkan lagi kemasyuran kumpulan band muzik PUNK itu. Ditambah pula dengan sikap agresif SID VICIOUS yang mengganas dan mencederakan diri sendiri di pentas setiap kali membuat persembahan seperti mengelar dadanya sendiri dengan pisau, vandalisme, berkelakuan jijik dengan memberi isyarat lucah, meludah dan kencing di atas pentas.



Beberapa bulan kemasyuran SID VICIOUS itu, SID VICIOUS telah bertemu dengan kekasih hatinya, NANCY SPUNGEN seorang gadis dari Amerika Syarikat. Bermulah kisah cinta SID VICIOUS and NANCY SPUNGEN, Lagenda Romeo and Juliet versi PUNK ini. NANCY SPUNGEN bukanlah seorang gadis yang cantik, memiliki tubuh yang berisi, berambut kerinting paras bahu dan blonde. Matanya bercelak tebal, berpakaian tidak semenggah, wajahnya kelihatan berusia, kuat merokok dan NANCY SPUNGEN merupakan seorang menagih dadah dan heroin yang tegar. Bagaimana SID VICIOUS boleh menyintai gadis seperti NANCY SPUNGEN ini? Pelik, bukan? Namun, inilah hakikatnya. Tidak ada lelaki yang mahukan gadis seperti NANCY SPUNGEN ini melainkan SID VICIOUS.



Pada 12 Oktober 1978, SID VICIOUS and NANCY SPUNGEN telah menginap di Chelsea Hotel (room 100) suite mewah ala Bohemia dengan mendaftarkan nama sebagai "Mr. and Mrs. John Ritchie" walaupun mereka belum berkahwin. SID VICIOUS and NANCY SPUNGEN berada dalam pengaruh dadah dan heroin. Mereka khayal. Tidak sedar apa yang berlaku. Tidak lama kemudian, NANCY SPUNGEN didapati berlumuran darah terduduk bersandar di bawah sinki, mata terbuka dengan sebilah pisau Jaguar K-11 tertusuk di perut NANCY SPUNGEN milik SID VICIOUS yang pernah dihadiahkan oleh seorang vokalis PUNK ROCK, Stiv Bators suatu ketika dahulu. SID VICIOUS menafikan dia membunuh teman wanita kesayangannya itu.


Pada 22 Oktober 1978 iaitu 10 hari selepas kematian teman wanita yang dicintainya itu, ternyata SID VICIOUS berputus asa untuk hidup. SID VICIOUS tidak mahu hidup tanpa gadis yang dicintainya itu lalu cuba membunuh diri dengan mengelarkan urat nadinya. Walau bagaimanapun, SID VICIOUS sempat diselamatkan di Bellevue Hospital, Amerika Syarikat. SID VICIOUS telah meluahkan perasaan cintanya yang mendalam terhadap NANCY SPUNGEN yang telah mati kepada ibunya :-
"We so much wanted to die together in each other's arms. I cry every time I think about that. I promised my baby that I would kill myself if anything ever happened to her, and she promised me the same. This is my final commitment to my love".
SID VICIOUS membuat satu puisi mengenai teman wanita kesayangannya, NANCY SPUNGEN dan diberikan kepada ibunya :-

You were my little baby girl
And I shared all your fears
Such joy to hold you in my arms
And kiss away your tears
But now you're gone there's only pain
And nothing I can do
And I don't want to live this life
If I can't live it for you
To my beautiful baby girl
Our love will never die"-
Sid's poem about Nancy


Hasil tulis tangan SID VICIOUS tentang teman wanita kesayangannya, NANCY SPUNGEN.

Dari situ, terserlahlah betapa cintanya SID VICIOUS terhadap NANCY SPUNGEN. Lihatlah betapa agungnya cinta mereka. Semua rakan-rakan SID VICIOUS and NANCY SPUNGEN menolak dakwaan SID VICIOUS membunuh NANCY SPUNGEN. Ibu kepada NANCY SPUNGEN sendiri pun tidak menafikan kemungkinan anaknya NANCY SPUNGEN yang meminta SID VICIOUS menikam dirinya untuk membuktikan cinta SID VICIOUS terhadap dirinya. Tiada siapa yang percaya SID VICIOUS sanggup membunuh NANCY SPUNGEN. Akhirnya, SID VICIOUS mati selepas menyuntik dadah asli ke tubuhnya sendiri pada usia yang terlalu muda, iaitu 21 tahun (selepas setahun SID VICIOUS menyertai kumpulan SEX PISTOLS). Ibu kepada SID VICIOUS telah menemui sekeping nota :-
"We had a death pact, and I have to keep my end of the bargain. Please bury me next to my baby in my leather jaket, jeans and boots. Goodbye."

Sayangnya, hasrat SID VICIOUS ingin kuburnya bersebelahan dengan kubur NANCY SPUNGEN tidak dapat ditunaikan kerana teman wanita kesayangan SID VICIOUS itu merupakan penganut Yahudi. Mayat NANCY SPUNGEN ditanam di kawasan perkuburan orang-orang Yahudi namun mayat SID VICIOUS tidak dapat ditanam di situ kerana SID VICIOUS bukan orang Yahudi. Oleh kerana itu, mayat SID VICIOUS terpaksa dibakar dan abunya ditabur di atas kubur NANCY SPUNGEN.






"We were partners in crime. We helped each other out."
- Nancy Spungen (1958-1978)

No comments:

Post a Comment