Wednesday, 28 December 2011
Tuesday, 27 December 2011
STUPIDITY (^_^)
SERIUS aku x tipu... bnda ni mmng jadi dpn mata aku & smpai sekarang aku asyik teringat ja bnda ni.... tpi mls la nk gelak sorg2 so, aku post dlm blog spaya kita boleh gelak rmai2... hahaha..
ada satu mlm ni, aku teman ayah aku kluar.. tiba2 perut ayh aku berbunyi... (tembak pgi kedai mkn la jwbnya)... smpai2 kt sna kmi dduk kt sbelah pak cik tua mna tah, muka dia serius lawak (mcm nk bgi kaki ja.. hahaha).. mula2 dia nk order dulu, x pa kmi bgi dia order dlu... pastu ada budak dtg nk ambik order dia, dia tnya budak tu mcm ni (aku x da krja nk buat, so saja curi2 dgr apa yg diorg ckp):
Pak cik: adik, kopi apa yg ada kt sini?? (sambil balut rokok daun)
Budak: ermmm... kopi jantan ada, kopi, kopi, kopi, bla bla bla (mls nk ingt apa yg bdk tu mencarut sorg2)
Pak cik: kopi o ada x adik??
Budak: ada, ada, pkcik nk kopi o ek?
Pak cik: x da la... saja tnya... kopi apa yg paling sedap??
Budak: kt sini ramai org minum kopi radix, pak cik...
Pak cik: owh, klau mcm tu bgi teh o ais limau satu...
What the F?! hahaha aku pun terus gelak tergolek, terlentang kat situ... pastu pak cik tu terus usha aku panas ja, smbil buat muka innocent, aku pasang mp3, buat x tau ja kt pak cik tu... tpi dalam hati aku time tu tgh cakap "bodoh tahap sengal la pak cik ni hahaha"
Monday, 26 December 2011
I'M BACK!! :)
perghhh! penat gila pgi kem smpai 21 hari... beku otak x bleh tgok tv, kcau orang, lepak, bla bla bla.... yg penting skrg ni, kem dah habis.. hah! i'm free once again! pgi kem tu ambik pengalaman ja mna la nk tau tiba2 masuk penjara ka skurang-kurangnya aku ada pengalaman dah.. hahaha (serius kem tu mcm penjara)
21 hari aku kt sana mcm2 bnda aku tengok, mcm2 jnis prangai org aku jumpa ( paling bnyk skali yg prangai mcm bangang laa haha), mcm2 jadi kat aku... dah la masuk kem tu kna tidur pkol 12 pastu kna bangun pukul 5, hmm aku pun dh biasa tidur pkul 3 x kn nk bangun pkol 5 kn??? memang kejam ar diorg x bley nk fhm aku... aku slalu bgun tidur pkul 11-12 la wei!! (kantoi ar x solat subuh wakaka)
tpi kesimpulannya kem ni memang.................................... BOSAN! hahaha ok la, nnti aku cerita lain psl kem ni.... nk cerita tpi gmbr x da x kick ar... kn? kn? hahaha bye guys!
tpi kesimpulannya kem ni memang.................................... BOSAN! hahaha ok la, nnti aku cerita lain psl kem ni.... nk cerita tpi gmbr x da x kick ar... kn? kn? hahaha bye guys!
Wednesday, 2 November 2011
aku, SOG, Satu Melayu!
![]() |
| SEKUMPULAN ORANG GILA |
ok, aku dh boring, so nk update blog plak... aaa dalam post lepas aku ada crita yg aku minat hardcore lak lps punk kn?? skrg biar aku crita, ok, dulu aku suka sangat dengar lagu2 punk yang banyak menyuarakan hal2 yang remeh, ideologi pemberontakan and macam2 lar smpai aku pun x brapa nak betul waktu tu.. bnyk sgt terpengaruh dengan lagu2 tu.. smpai satu tahap,, aku sikit2 nk memberontak... tpi bkn salah aku kn?? hahaha salah lagu2 tu lar... then ada satu hari, hari apa pun dah lupa (maklumlah, aku bukan perfect, klau perfect dah lama aku jadi superman kan?? haha) ada sorang mamat ni duduk sebelah aku, time tu aku ada kt ipoh rasanya.. erm,, lepas tu tiba2 ja ada org call dia,, first time aku dgr ringtone dia aku ingtkn lagu apa so, aku buat x tau ja lar... x tau lar knapa hati aku nk tau sgt pasal lagu tu, tiba2 mulut aku bersuara tnpa kawalan aku (cehh, mcm novel lak) "lagu apa tu bang?? mcm best jaa..." pastu dgn muka x bleh blah mamat tu jwb, "SOG- Satu Melayu".. dlm hati, aku tros ckp mcm ni "bnda lar mamat ni... macam lar aku tau lagu jerit2 mcm nk mampus tu.." then dgn muka tebal aku blah buat x tau ja.. (x kan nk tunggu kt situ kot, dah lar serang org x pkai helmet, malu la aku kehkehkeh) dlm lbih kurang sebulan dua mcm tu, aku ada kenal sorang budak hardcore (member abg aku sbenarnya), nama izzat udau haha muka dia mcm baik kot klaka ar... dia yg kenalkan aku kt band SOG ni, mula2 aku buat x reti ja sbab time tu aku still lyn lagu punk lagi..aa then, ada satu hari yang aku smpai x tau dah nk guna internet mcm mna lagi.. (boring nak haram ar,, haha) aku try search band SOG tu, lps tu kluar search result, mata aku ternampak video ni~~ Sekumpulan Orang Gila- Satu Melayu [demo version] tiba2 ja aku ckp sorg2 "ni bukan lagu yg budak ipoh tu layan ka dulu?" dgn semangatnya aku click video tu.. at that time baru aku tau, lagu Satu Melayu tu bukan lagu semata2 ja.. lagu tu mmng sesuai untk orang melayu.. aku sokong semua yg tertulis dalam lirik tu... contohnya:- "Melayu, bangunlah dari tidur, lepaskan, segala hasad dengkimu.." (try lr dgr tgok, kn ada kat ats tuu) yes,, betul la tu... melayu ni mmng kuat dengki, bila diorg dh dengki kt org lain, diorang jadi lupa diri... sebab tu lar ada pepatah or whatever lar yg berbunyi "melayu MUDAH lupa".. betul x?? then baru aku sedar, lagu punk yg selama ni aku dgr, layan x dak meaning langsung, sampah ja, REBEL (aku pun x tau apa mksudnya but aku dgr ada org sebut .. so, jgn tnya aku lah.. haha).. rupa2 nya ada lagi lagu yg lebih meaning dari punk (mcm SOG, genre diorg post-hardcore) walaupun muzik diorg, cara penyampaian diorg, dressing diorg agak "hitam" and ganas (x da lar ganas smpai tahap black metal)... so, the moral of the story disebalik semua ni, don't EVER judge the book by it's cover... and layan ja lar lagu apa yg boleh masuk dalam kepala kita, jgn terlalu taksub dgn sesuatu genre saja mcm K-Pop.. haish.. bnda lar.. entah apa apa lagu, dgn terhegeh2 menari,, baik aku tengok michael jackson menari lagi best laaa... ok lar... cukup kot smpai sini ja.. apa-apa pun, ILOVEYOUSOG! (smpai skrg aku minat lagu tu, and skrg ni aku pulak yang minat hardcore.. hahaha)
Monday, 31 October 2011
aBoUT mE (prOUD tO Be MYseLf)
hmm... boring arr, ok lah skrg ni aku nk crita psal aku sbab ramai org yg x brapa kenal aku termasuk lar kwn2 aku sndiri kan? kan? hahaha ok,, cmna nk mula ek??aku ni tah lar, nk kata jahat x da lar jahat sgt,, aku nakal sikit jaaa.. haha aku ni mmng suka ikut kpala aku, x suka pikir pnjang2.. SEMAK ja... sbb tu lar rmai org termasuk lr mmber aku sndiri ckp yg aku ni gila.. GILA?? klau gila, aku x smbhyang lar wei... haha aku x gila lar (gila sikit tu ada kot),, mungkin prangai aku yg lebih kpada budaya anarchy yg buat korang rsa cm tu.. anarchy tu budaya menentang, so, aku mmng suka menentang, sejak aku mula2 berjinak dgn komuniti punk (tapi sebelum aku kwn dgn bdk2 punk, prangai aku mmng dh x betul pun hahaha).. tpi skrg mna ada dah... aku dh kluar dari bnda2 menentang mcm tu.. terasa nk brubah plak,, haaaa pdahal lps punk aku start kenal hardcore pulak,, mcm mna bleh jdi mcm tu, nanti lar aku crita sbb skrg ni tgh crita psal aku.. nnti kluar tajuk plak kan? hidup aku just simple but nice, x da lar susah sgt (kadang2 tu klau wktu susah, mmng susah nak mampus plak) x lar sng sgt (mmng x pernah sng lar pun).. tpi heran lar apasal mmber2 aku bleh x phm prangai aku, x bleh phm hidup aku... hmmm, ishhh.. malas ar nk pikir psal apa yg diorang pikir, janji I'M PROUD TO BE ME! kn? kn? haha
Sunday, 30 October 2011
The Greatest Person In My Life ( SID VICIOUS dan KISAH CINTANYA )
SID VICIOUS atau nama sebenarnya John Simon Ritchie merupakan seorang pemain gitar bass kumpulan muzik SEX PISTOLS yang dilahirkan pada 10 May 1957 di kota London. Kacak sungguh! Tapi sayangnya, SID VICIOUS mati ketika berusia 21 TAHUN atas pengaruh dadah dan heroin yang tegar selepas KECEWA DENGAN KEMATIAN TEMAN WANITA yang amat disayanginya iaitu NANCY SPUNGEN. SID VICIOUS mula menyertai kumpulan muzik punk SEX PISTOLS pada 3 April 1977 ketika usia SID VICIOUS 20 tahun selepas pengunduran diri oleh pemain gitar bass asal kumpulan itu, Glenn Matlock. SID VICIOUS bukanlah seorang yang pandai bermain bass namun oleh kerana perangai PUNK sejatinya yang keterlaluan taksub dengan semangat anarki, Malcolm McLaren selaku pengurus kumpulan SEX PISTOLS telah mengambil SID VICIOUS menjadi ahli kumpulan muzik itu. Malcolm McLaren pernah berkata :-
"If Jonny Rotten is the voice of PUNK, then SID VICIOUS is the attitude."
Kehadiran SID VICIOUS dalam kumpulan SEX PISTOLS itu telah melonjakkan lagi kemasyuran kumpulan band muzik PUNK itu. Ditambah pula dengan sikap agresif SID VICIOUS yang mengganas dan mencederakan diri sendiri di pentas setiap kali membuat persembahan seperti mengelar dadanya sendiri dengan pisau, vandalisme, berkelakuan jijik dengan memberi isyarat lucah, meludah dan kencing di atas pentas.
Beberapa bulan kemasyuran SID VICIOUS itu, SID VICIOUS telah bertemu dengan kekasih hatinya, NANCY SPUNGEN seorang gadis dari Amerika Syarikat. Bermulah kisah cinta SID VICIOUS and NANCY SPUNGEN, Lagenda Romeo and Juliet versi PUNK ini. NANCY SPUNGEN bukanlah seorang gadis yang cantik, memiliki tubuh yang berisi, berambut kerinting paras bahu dan blonde. Matanya bercelak tebal, berpakaian tidak semenggah, wajahnya kelihatan berusia, kuat merokok dan NANCY SPUNGEN merupakan seorang menagih dadah dan heroin yang tegar. Bagaimana SID VICIOUS boleh menyintai gadis seperti NANCY SPUNGEN ini? Pelik, bukan? Namun, inilah hakikatnya. Tidak ada lelaki yang mahukan gadis seperti NANCY SPUNGEN ini melainkan SID VICIOUS.
Pada 12 Oktober 1978, SID VICIOUS and NANCY SPUNGEN telah menginap di Chelsea Hotel (room 100) suite mewah ala Bohemia dengan mendaftarkan nama sebagai "Mr. and Mrs. John Ritchie" walaupun mereka belum berkahwin. SID VICIOUS and NANCY SPUNGEN berada dalam pengaruh dadah dan heroin. Mereka khayal. Tidak sedar apa yang berlaku. Tidak lama kemudian, NANCY SPUNGEN didapati berlumuran darah terduduk bersandar di bawah sinki, mata terbuka dengan sebilah pisau Jaguar K-11 tertusuk di perut NANCY SPUNGEN milik SID VICIOUS yang pernah dihadiahkan oleh seorang vokalis PUNK ROCK, Stiv Bators suatu ketika dahulu. SID VICIOUS menafikan dia membunuh teman wanita kesayangannya itu.
Pada 22 Oktober 1978 iaitu 10 hari selepas kematian teman wanita yang dicintainya itu, ternyata SID VICIOUS berputus asa untuk hidup. SID VICIOUS tidak mahu hidup tanpa gadis yang dicintainya itu lalu cuba membunuh diri dengan mengelarkan urat nadinya. Walau bagaimanapun, SID VICIOUS sempat diselamatkan di Bellevue Hospital, Amerika Syarikat. SID VICIOUS telah meluahkan perasaan cintanya yang mendalam terhadap NANCY SPUNGEN yang telah mati kepada ibunya :-
"We so much wanted to die together in each other's arms. I cry every time I think about that. I promised my baby that I would kill myself if anything ever happened to her, and she promised me the same. This is my final commitment to my love".
SID VICIOUS membuat satu puisi mengenai teman wanita kesayangannya, NANCY SPUNGEN dan diberikan kepada ibunya :-
Dari situ, terserlahlah betapa cintanya SID VICIOUS terhadap NANCY SPUNGEN. Lihatlah betapa agungnya cinta mereka. Semua rakan-rakan SID VICIOUS and NANCY SPUNGEN menolak dakwaan SID VICIOUS membunuh NANCY SPUNGEN. Ibu kepada NANCY SPUNGEN sendiri pun tidak menafikan kemungkinan anaknya NANCY SPUNGEN yang meminta SID VICIOUS menikam dirinya untuk membuktikan cinta SID VICIOUS terhadap dirinya. Tiada siapa yang percaya SID VICIOUS sanggup membunuh NANCY SPUNGEN. Akhirnya, SID VICIOUS mati selepas menyuntik dadah asli ke tubuhnya sendiri pada usia yang terlalu muda, iaitu 21 tahun (selepas setahun SID VICIOUS menyertai kumpulan SEX PISTOLS). Ibu kepada SID VICIOUS telah menemui sekeping nota :-
"We had a death pact, and I have to keep my end of the bargain. Please bury me next to my baby in my leather jaket, jeans and boots. Goodbye."

You were my little baby girl
And I shared all your fears
Such joy to hold you in my arms
And kiss away your tears
But now you're gone there's only pain
And nothing I can do
And I don't want to live this life
If I can't live it for you
To my beautiful baby girl
Our love will never die"-
Sid's poem about Nancy
![]() |
| Hasil tulis tangan SID VICIOUS tentang teman wanita kesayangannya, NANCY SPUNGEN. |
Dari situ, terserlahlah betapa cintanya SID VICIOUS terhadap NANCY SPUNGEN. Lihatlah betapa agungnya cinta mereka. Semua rakan-rakan SID VICIOUS and NANCY SPUNGEN menolak dakwaan SID VICIOUS membunuh NANCY SPUNGEN. Ibu kepada NANCY SPUNGEN sendiri pun tidak menafikan kemungkinan anaknya NANCY SPUNGEN yang meminta SID VICIOUS menikam dirinya untuk membuktikan cinta SID VICIOUS terhadap dirinya. Tiada siapa yang percaya SID VICIOUS sanggup membunuh NANCY SPUNGEN. Akhirnya, SID VICIOUS mati selepas menyuntik dadah asli ke tubuhnya sendiri pada usia yang terlalu muda, iaitu 21 tahun (selepas setahun SID VICIOUS menyertai kumpulan SEX PISTOLS). Ibu kepada SID VICIOUS telah menemui sekeping nota :-
"We had a death pact, and I have to keep my end of the bargain. Please bury me next to my baby in my leather jaket, jeans and boots. Goodbye."
Sayangnya, hasrat SID VICIOUS ingin kuburnya bersebelahan dengan kubur NANCY SPUNGEN tidak dapat ditunaikan kerana teman wanita kesayangan SID VICIOUS itu merupakan penganut Yahudi. Mayat NANCY SPUNGEN ditanam di kawasan perkuburan orang-orang Yahudi namun mayat SID VICIOUS tidak dapat ditanam di situ kerana SID VICIOUS bukan orang Yahudi. Oleh kerana itu, mayat SID VICIOUS terpaksa dibakar dan abunya ditabur di atas kubur NANCY SPUNGEN.
Subscribe to:
Posts (Atom)